• Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • red color
  • blue color
  • yellow color
  • orange color
Halaman Hadapan SMKDM
Selamat Hari Guru PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Administrator   
Selamat Menyambut Hari Guru Peringkat Sekolah
 
Majlis sambutan Hari Guru peringkat SMKDM akan diadakan pada 16. Mei. 2009 ini. Sejak beberapa minggu kebelakang ini telah banyak aktiviti berkaitan Hari Guru telah dianjurkan seperti mengarang sajak sempena hari guru dan pelbagai aktiviti lain yang tidak kurang menariknya.
 
Dari warga SMKDM "Selamat Hari Guru - Guru Pembina Negara Bangsa" kepada semua warga pendidik di SMKDM khususnya dan semua guru di mana sahaja berada.
 
 
LOGO HARI GURU

logo


Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.

Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.

Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.

 
Baca Lagi...
 
Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-30 PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Administrator   

 

Kejohanan sukan kali ke-30 dalam sejarah SMKDM telah terlaksana dengan jayanya pada 28-Februari-2009 yang lalu dan telah dirasmikan dengan meriahnya oleh Pengerusi PIBG SMKDM En. Mardi bin Sukir (AMS, PJK).

Kejohanan sukan tahunan kali ini sekali lagi dapat mendidik dan mencungkil bakat sukan pelajar-pelajar SMKDM disamping menyerlahkan bakat kepimpinan dan semangat berpasukan dikalangan pelajar.

Keputusan awal diumumkan Rumah Delima adalah juara keseluruhan diikuti oleh Rumah Nilam. Persaingan sengit antara dua rumah ini turut dicabar oleh Rumah Zamrud dan Rumah Berlian.

Semua pihak yang terlibat dalam menjayakan sukan ini diucapkan terima kasih, tahniah dan syabas! kerana kejohanan berjaya diadakan walaupun tanpa kutipan yuran sukan tahunan untuk tahun 2009 ini.

Baca Lagi...
 
Pentauliahan Cyber Briged dan Pengawas Pusat Sumber PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Administrator   

 

Majlis pentauliahan telah berjalan dengan lancar pada 23. Februari. 2009 dan disempurnakan oleh Pengetua SMK Dato Mustaffa, En. hamid Bin Hassan.

Seramai 18 orang pelajar telah ditauliahkan sebagai Unit Cyber Briged manakala 45 orang adalah Pengawas Pusat Sumber. Walaupun tidak ramai diharapkan semua pelajar yang terpilih ini dapat bertanggungjawab dan berkhidmat dengan baik untuk tugas-tugas yang diamanahkan nanti.

Pihak admin web mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan kerjasama dari Unit Cyber Briged khasnya untuk tugasan di halaman web SMKDM ini. 

Sisip ke:

Deli.cio.us    Digg    reddit    Facebook   
 
SMKDM V15 PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Administrator   

Sejajar dengan perkembangan teknologi CMS Joomla terkini laman web SMKDM telah menaik taraf System CMS web ini kepada Joomla 1.5.9 mulai 01.Februari.2009. Sekali lagi diharap pengguna-pengguna dapat menerima perubahan ini.

SMKDM V15 kali ini dihaap akan menampilkan lebih banyak artikel berunsurkan pendidikan dan informasi berkaitan SMKDM. Semua pengguna web SMKDM diminta mendaftarkan diri sekali lagi untuk mengelakkan anda daripada menghadapi masalah aabila melayari halaman ini nanti.

Pengguna juga akan diberikan tips dan panduan penggunaan pada bahagian-bahagian web SMKDM V15 ini jika memerlukan. Selamat melayari SMKDM.EDU.MY/V15.

Sisip ke:

Deli.cio.us    Digg    reddit    Facebook   
 
Sesi Persekolahan 2009 Bermula PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Administrator   

Aktiviti Program Maju Diri.

Pihak sekolah mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua pelajar dan pelajar baru sekolah SMKDM untuk sesi 2009.

Pelajar-palajar tingkatan 4 dan 1 pada minggu pertama ini akan mengikuti minggu suai kenal dan orientasi mata pelajaran untuk sesi yang baru.

Pelajar tingkatan 2,3 dan 5 kini telah memulakan kelas pembelajaran seperti biasa.

 

Sisip ke:

Deli.cio.us    Digg    reddit    Facebook   
 
<< Mula < Sblm 1 2 3 Seterusnya > Tamat >>

Muka 3 daripada 3

Masa itu EMAS

Ulti Clocks content

Data Pelawat

IP Anda
38.107.191.84
United States United States :
Pelayar
Unknown Browser Unknown Browser
Sistem Operasi
Unknown Operating System Unknown Operating System

Download

Siapa ditalian

Kami ada 5 tetamu online

Tinjauan SMKDM

Anda bakal menduduki PMR / SPM 2009, apakah persediaan anda?