| Alu-aluan Pengetua |
|
|
|
| Ditulis oleh Administrator |
| Ahad, 01 Februari 2009 20:30 |
Bismilahhirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Ucapan syukur setinggi-tingginya dipanjatkan kehadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia dan izinnya dapat dilahirkan laman web yang berwajah baru smkdm.edu.my ini.
Pembangunan laman web sekolah ini menjadi saluran internet kepada warga SMKDM dan masyarakat setempat khususnya para ibu bapa untuk mengetahui aktiviti dan informasi terkini tentang SMKDM.
Para pelajar harus sedar dan memanfaatkan kemudahan ini disamping memberikan pengalaman kepada mereka untuk mengendalikan dan memanfaatkan kemudahan yang disediakan melalui laman web sekolah. Hal ini dapat dilakukan menerusi pemerhatian, pembacaan, penggunaan dan melayari laman web sekolah. Sehubungan dengan itu harapan untuk melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan luas, berakhlak mulia, berwibawa, kritis dan kreatif akan tercapai.
Dalam menempuh era teknologi maklumat yang pesat hari ini, penggembelingan tenaga, usaha, sikap, kepakaran dan komitmen daripada setiap pihak yang terbabit dalam dunia pendidikan amatlah diharapkan. Usaha untuk melahirkan generasi bermaklumat kelak akan menyumbangkan ke arah kejayaan wawasan negara.
Oleh itu saya menyokong penerbitan laman web smkdm.edu.my ini sebagai satu saluran tambahan untuk menyampaikan pelbagai informasi dan maklumat untuk meningkatkan ilmu pengetahuan pelajar sama ada berbentuk akademik atau bukan akademik. Semoga kewujudan laman web ini mampu melahirkan pelajar SMKDM yang celik ICT, bermaklumat malah beriltizam, berwawasan dan bersahsiah tinggi.
Semoga kecemerlangan SMKDM akan terus bersinar dan diberkati Allah s.w.t.
Sekian, ABDUL HAMID BIN HASSAN Pengetua SMK Dato' Mustaffa
|
| LAST_UPDATED2 |
Guru SMKDM (8)