|
Ditulis oleh nazrisdm.blogspot.com
|
|

Pada hari Isnin 26 Julai 2010 genaplah 34 tahun 6 bulan Cikgu Idris berkhidmat sebagai guru. Pada hari ini majlis persaraan beliau dianjurkan oleh pihak sekolah bagi meraikan dan sebagai tanda ucapan terima kasih atas jasa dan pengorbanan beliau dalam profesion perguruan. Mula mengajar di Kota Beaufort Sabah dan berakhir di SMK Dato' Mustaffa, Pasir Panjang. Selepas penyampaian hadiah dan jamuan di kantin, beliau diarak dengan menaiki Ford Ranger sambil melambai-lambai tangan kepada seluruh warga SMKDM, perlahan-lahan meninggalkan perkarangan sekolah. Jelas terbayang di raut wajahnya seakan-akan sayu, namun selepas ini beliau akan kembali ceria dalam bidang yang diceburi. Sudah sedia maklum beliau begitu meminati bidang penternakan ikan di kolam. Akhir kata semoga success selalu dan selamat bersara cikgu.
|
|
|
Ditulis oleh nazrisdm.blogspot.com
|
|
 
 
SDM sekali lagi berjaya menganjurkan kejohanan sukan tahunan kali ke-31 pada hari ahad bersamaan 11 Julai 2010. Pada awal paginya perbarisan kontinjen-kontinjen rumah sukan yang mengambil bahagian dan diikuti dengan lafaz ikrar kejohanan. Kejohanan kali ini dirasmikan oleh YB Noriah bt Kasnon, Ahli Parlimen kawasan Sungai Besar. Manakala upacara penutup dilakukan oleh pengetua, En Abd Hamid bin Hassan. Pelbagai acara telah dipertandingkan, antaranya ialah acara balapan, acara padang, sukaneka dan tarik tali. Semoga aktiviti sukan ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim seluruh warga SMKDM. "Majulah Sukan untuk Semua"
|
|
Ditulis oleh nazrisdm.blogspot.com
|
|
 

Selamat Hari Guru- Guru Pembina Negara Bangsa
Meriah sekali sambutan pada kali ini- tidak seperti tahun-tahun sebelumnya.
17 Mei 2010 - Isnin - sambutan peringkat sekolah
Acara menarik disediakan
1. Pertandingan memasak mi kuning
2. Pertandingan memancing ikan keli
3. pertandingan memasak ikan keli
4. Pertandingan 'word maze,
5. Pertandingan pencarian maklumat melalui internet
Kemuncak acara - persembahan para guru - 9 kumpulan
Akhir sekali majlis tahlil dan jamuan serta majlis persaraan kakitangan bukan guru iaitu Pn Naila bt Rashidi di kantin sekolah
|
|
Ditulis oleh Azmi Sulaiman
|
|

|
|
Ditulis oleh Administrator
|
|
Pada hari ini 5/10/2009 diadakan Program Pendedahan bertajuk Selangkah Menuju Ke IPTA yang dianjurkan dengan bantuan Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKDM. Program telah diadakan dengan jayanya di Dewan SMKDM melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 5 berjumlah kira 200 orang. Program ini mendedahkan peluang, apakah kelayakan dan panduan untuk masuk ke IPTA serta juga menerangakan tentang pembelajaran tingkatan 6 dan kelebihannya. Unit Kaunseling SMKDM di bawah Pn Nelly Nor Aini binti Yusuf dan cikgu Jaafar bin Ab Rahman telah bertungkus lumus mengendalikan program ini agar berjalan dengan lancar dan sempurna.
|
|
|
|
|
<< Mula < Sblm 1 2 3 Seterusnya > Tamat >>
|
|
Muka 1 daripada 3 |