Halaman Hadapan SMKDM
Persaraan Tuan Pengetua


Rabu, 9hb November 2011, sekali lagi SMK Dato' Mustaffa terpaksa merelakan persaraan salah seorang warganya. Kali ini lebih mengharukan adalah persaraan Tuan Pengetua sendiri iaitu Tn Hj Ahmad Puad bin Badiauzzaman. Lambaian kasih dan sanjungan budi buat mu cikgu.
Seperti biasa majlis diadakan di Dewan Mustaffa dengan kehadiran wakil PPD, Tn Hj Mokhtar bin Manijo, YDP PIBG, guru besar, penolong kanan dan dua orang mantan pengetua SMKDM iaitu Pn Hajah Salehar bt Yaakob dan En Abd Hamid bin Hassan. Selepas ucapan dan penyampaian hadiah disusuli jamuan dan perarakan meninggalkan kawasan sekolah menuju ke Kuala Selangor iaitu kediaman pengetua.
Sesungguhnya ketiadaan mu cikgu begitu dirasai. Terima kasih cikgu atas segala-galanya.
Persaraan Tn Hj Mazlan bin Abdul Samat
Selesai sahaja jamuan makan di kantin, Tn Hj Mazlan kemudiannya diarak pula dengan menaiki Ford Ranger meninggalkan kawasan sekolah. Akhir kata seluruh warga SMKDM mengucapkan selamat bersara kepada Tn Hj Mazlan dan terima kasih cikgu. Kejohanan Badminton Terbuka SDM 2010
Bertempat di Dewan Terbuka SDM@Dataran Ilmu telah berlangsung "SDM OPEN BADMINTON TOURNAMENT" bermula pada 1 hingga 8 Oktober 2010. Sembilan regu telah mengambil bahagian dalam kejohanan berprestij kali ini yang menawarkan hadiah lumayan untuk Johan, Naib Johan, Tempat ke-3 dan hadiah saguhati bagi Tempat ke-4 dan seterusnya. Kejohanan kali ini dianjurkan oleh Kelab Guru dan Kakitangan SMK Dato'Mustaffa. Pasangan Ustaz Jaafar Abd Rahman dan En Mokan Main telah dinobatkan sebagai juara mengalahkan pasangan regu En Helmi Ahmad dan Tn Hj Jaapar Sulaiman. Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Tn Pengetua, En Abdul Hamid bin Hassan.
Selangkah Menuju Ke IPTAPada hari ini 5/10/2009 diadakan Program Pendedahan bertajuk Selangkah Menuju Ke IPTA yang dianjurkan dengan bantuan Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKDM. Program telah diadakan dengan jayanya di Dewan SMKDM melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 5 berjumlah kira 200 orang. Program ini mendedahkan peluang, apakah kelayakan dan panduan untuk masuk ke IPTA serta juga menerangakan tentang pembelajaran tingkatan 6 dan kelebihannya. Unit Kaunseling SMKDM di bawah Pn Nelly Nor Aini binti Yusuf dan cikgu Jaafar bin Ab Rahman telah bertungkus lumus mengendalikan program ini agar berjalan dengan lancar dan sempurna.
Kursus Kajian Tindakan
Tarikh: 8-8-2009 Tempat: Pusat Kecemerlangan Ko-kurikulum, Sabak Bernam Penceramah: Tuan Hj. Abdul Malek b Haji Shaari, Penolong Pengarah/Nazir Sekolah,KPM. Tajuk: Kajian Tindakan, Pengenalan, Perkembangan dan Kepentingan Dalam Proses Pengajaran. Kursus kajian tindakan disampaikan oleh Tn Hj Malek dengan penerangan yang jelas dan sedikit tugasan untuk memantapkan lagi kefahaman guru-guru terhadap kajian tindakan. Beliau sangat berpengalaman dalam kajian tindakan dan dapat menyampaikan kursus dengan jayanya.
|



Genap Usia 56 tahun Tn Hj Mazlan menamatkan karier sebagai seorang guru setelah berkhidmat selama 35 tahun. Majlis persaraan beliau berlangsung pada hari khamis 23 Jun 2011 di Dewan Mustaffa.Turut hadir pada majlis ini ialah wakil PPD Sabak Bernam iaitu En Azman bin Mahsuri. Pada awalnya Tn Hj Mazlan diarak dengan paluan kompang dari Dataran Perhimpunan Petang menuju ke Dewan Mustaffa. Selain mendengar ucapan alu-aluan daripada Tuan Pengetua dan Wakil PPD , para pelajar berkesempatan mendengar amanat penting dan terakhir daripada Tn Hj Mazlan sendiri. Selepas itu acara penyampaian hadiah dari Kelab Guru, Panitia dan Individu sebagai mengenang jasa dan pengorbanan beliau dalam dunia pendidikan.


